PELUANG KERJAYA | PERNIAGAAN DALAM INDUSTRI MULTI BILLION RINGGIT

Kami mempelawa rakyat Malaysia yang berminat membina kerjaya & perniagaan secara fleksibel, menyertai kami dalam Industri Pelaburan Unit Amanah/Amanah Saham yang bernilai Multi-Billion Ringgit. Kami adalah agensi Perunding Unit Amanah antara yang terbesar dalam syarikat pengurus dana NO. 1 di Malaysia. Anda akan memiliki lesen daripada Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia (Federation of Investment Managers Malaysia @ FIMM) untuk memberi perkhidmatan, mengendali, merunding, mempromosikan dan menjual dana-dana unit amanah syariah yang diuruskan syarikat pengurus dana No. 1, TERBESAR & Paling Dipilih Pelanggan di Malaysia. Ini adalah suatu kebanggaan, kepuasan dan keseronokan, insyaALLAH. JOM! SERTAI KAMI.

Untuk Mendapatkan Gambaran Awal, sila terokai setiap muka surat blog kami ini.

‘PELBAGAI IMPIAN, SATU PELABURAN’

MEMBANTU LEBIH RAMAI ORANG BERSARA DENGAN KEWANGAN YANG SELESA ATAU SEBAGAI JUTAWAN

Untuk menyertai, jangan segan, sila hubungi kami.

ABDUL RAZAK BIN SHAHBUDIN, B.A (Hons), M.A Urb. Mgmt.

JUARA kategori AGENCY SUPERVISOR 2008
TOP 5 kategori AGENCY MANAGER 2009 – 2011
NAIB JUARA kategori AGENCY MANAGER 2012
Pengasas Agensi i-WEALTH CONSULTANTS (Agensi Bumiputera Terbesar di Perak & Berkhidmat di cawangan seluruh Malaysia)

T: +6019 – 571 0054  | E: razakbiz@gmail.com

ALHAMDULILLAH… ANTARA YANG TERBAIK

Alhamdulillah… kami masih merupakan kumpulan Perunding Unit Amanah (Unit Trust Consultant) & Perunding Skim Pencen Swasta (PRS Consultant) bumiputera yang terbaik & terbesar di negeri Perak dalam industri pelaburan syariah.

Ini merupakan tahun ke 6 berturut-turut kami dapat mengekalkan kedudukan Top 5, malah lebih manis untuk 2 tahun berturut-turut berada di tempat ke 2 dalam kategori keseluruhan Agency Manager.

Walaupun berpangkalan di Perak, agensi kami sebenarnya berada hampir di seluruh Malaysia. Syukur juga kerana sahabat-sahabat perunding kami turut berjaya menjadi Top 5 dalam kategori masing-masing di cawangan lain seperti di Kluang, Johor & Alor Star, Kedah.

Kepada semua sahabat i-Wealth Consultants, tahniah & terima kasih. Anda hebat!

Kepada anda yang ingin membaiki kehidupan menerusi usaha perniagaan yang membantu orang lain mencapai kebebasan kewangan secara Islamik ini… ayuh bertindak!  Hubungi kami untuk sama-sama berjaya.IMG_20140320_091450

Kami berazam untuk menjadi antara yang terbaik di Malaysia dalam tempoh terdekat ini.

 

DIKEHENDAKI: 30 Orang Perunding Unit Amanah Elit (Syariah), 2014.

KAMI MENCARI 30 ORANG SAHAJA untuk dijadikan PERUNDING ELIT dalam tahun 2014:

8 DIPERLUKAN DI PERAK | 8 DIPERLUKAN DI SELANGOR/K. LUMPUR & PUTRAJAYA

4 DIPERLUKAN DI P.PINANG | 4 DIPERLUKAN DI JOHOR 

2 DIPERLUKAN DI KELANTAN | 2 DIPERLUKAN DI TERENGGANU | 2 DIPERLUKAN DI MELAKA

Kepada anda yang berminat membina empayar perniagaan dalam industri perkhidmatan kewangan dan pelaburan amanah saham syariah, SILA HANTAR PERMOHONAN MINAT anda SEGERA.

Perniagaan yang mempunyai saiz pasaran lebih RM1 Trillion Ringgit di Malaysia ini memelurkan anda.

Syarat-syarat KELAYAKAN asas yang diperlukan:

1. Berumur 21 Tahun dan ke atas;

2. Pendidikan sekurang-kurangnya SPM (Kredit Matematik, B. M, B. I/Mandarin). Kami mengutamakan pemegang Diploma, Ijazah & Ijazah Tinggi;

3. Tidak pernah disabitkan kesalahan jenayah sivil/perdagangan oleh mahkamah;

4. Tidak diishtiharkan muflis oleh mahkamah;

5. Tidak terlibat (sudah berhenti) dengan skim-skim pelaburan atau perniagaan haram, tidak sah undang-undang, memanipulasi, menggadaikan maruah negara dan cepat kaya.

Sila hantar PERMOHONAN MINAT anda SEGERA kepada kami. Emelkan ke alamat: razakbiz@gmail.com

KUALITI & KEMAHIRAN PERIBADI TAMBAHAN YANG DIBERI KEUTAMAAN ialah:

1) Mempraktikkan Islam

2) Sukakan  Cabaran & Peningkatan

3) Berminda Bisnes & CEO

4) Bukan Berorientasikan Gaji & Cukup Makan

LATIHAN & KEPIMPINAN akan diberikan.

Kami mempunyai kepakaran dan tahap kompitensi yang tinggi untuk melatih anda, insyaALLAH. Kami sudah sedia dengan PROGRAM, SISTEM PEMBANGUNAN & PROSEDUR KEJAYAAN untuk MELATIH anda menjadi Perunding Elit kami.

Jika perlukan bantuan SEGERA, hubungi terus RAZAK 019 – 571 0054.

‘MENDAKI PUNCAK’ @ SEMINAR KHAS SUKU TAHUN PERTAMA 2013

Para cendikiawan telah menyebut bahawa apabila kita menjauhkan diri daripada kumpulan/jemaah, majlis ilmu, motivasi dan Tuhan maka kita akan mudah tersesat, berat sebelah, lemah semangat, tergelincir daripada landasan usaha, menjadi negatif dan akhirnya semakin jauh tertinggal daripada kejayaan dan impian yang ingin dicapai.
Sebagai pemimpin pula, kita perlu terus menerus menjalankan tanggungjawab untuk menyediakan kumpulan/jemaah, majlis ilmu, motivasi dan aktiviti bersifat keTuhanan. Mari kita saling mendorong, menggalak dan menyokong sahabat-sahabat kita terlibat bersama-sama dalam aktiviti yang mampu menjadikan kita insan hebat, berkat, kaya & berjaya.
Jadi ayuh, sahabat-sahabat i-Wealth Consultants beramai-ramai kita terlibat dan datang menjayakan SEMINAR SUKU TAHUN PERTAMA 2013.Banner Seminar Suku 1 2013

By Abdul Razak Shahbudin Posted in Umum

ALHAMDULILLAH… Satu PENCAPAIAN BAHARU

Syukur kepada Allah, agensi ini semakin hari semakin berkembang. Syukur, apa yang diazamkan sejak beberapa tahun lalu… sudah menjadi kenyataan. Tahniah saya ucapkan kepada semua sahabat i-WC. Inilah satu daripada pencapaian yang terhasil daripada usaha kalian bersama-sama. Teruskan berusaha dengan sistematik.
Syukur, kini agensi ini semakin mengukuh dan jelas menjadi agensi Melayu yang terbesar dan paling produktif di negeri Perak. Tapi ingat, pencapaian ini akan menjadi sumber inspirasi kepada orang lain yang akan berusaha untuk mengatasi kita pula. Jadi jangan leka, teruskan mencipta azam dan impian yang lebih besar – usahakan.
Kita mesti mengambil peluang menjadi pengegerak utama untuk berkongsi kebaikan dan manfaat pelaburan amanah saham Islam kepada umat Islam di Malaysia. Kita ada di seluruh Malaysia, mengapa tidak kita menjadi pemimpin di setiap negeri?
Kita perlu yakin dan semakin bersemangat dengan pencapaian ini untuk memberikan khidmat kepada umat Islam dalam merencana kewangan jangka panjang mereka.
Kita memiliki produk pelaburan & perkhidmatan kewangan yang terbaik dalam industri pelaburan dan kita mempunyai pengurusan pelaburan yang terbaik di Asia. Kita ada ‘barang’ hebat yang boleh dikongsikan dengan sesiapa sahaja di Malaysia.
DSC_0822e

Naib Juara Kategori Agency Manager @ Branch Annual Award Nite 2013.

.
Kita perlukan lebih ramai orang menyertai kita untuk sama-sama berkongsi kebaikan & manfaat membina kewangan masa depan ini. Kita mengalu-alukan kenalan lama dan baru kita bersama-sama berkembang dengan seronok dalam industri pelaburan unit amanah Islam ini. Kita berhak gigih dan berjaya. Ayuh!
By Abdul Razak Shahbudin Posted in Pelbagai

PERUNDING INDUSTRI PELABURAN TIDAK HANYA UNTUK KAUT UNTUNG – TETAPI MEMBERI UNTUNG

Semua bisnes dijanjikan dengan keuntungan, tetapi untung itu adalah satu daripada faktor yang dicari dan ditawarkan oleh perniagaan. Faktor-faktor lain dalam perniagaan ialah rugi, pulang modal, berkembang, menyusut dan bertahan. Peniaga dan Pelabur keduanya mencari untung – tetapi kedua-duanya juga perlu sedar faktor-faktor lain tadi yang ada dalam perniagaan & pelaburan. Begitulah Islam mensyaratkan sesuatu produk kewangan Islam itu mestilah mempunyai asas ‘Untung dan Rugi Dikongsi Bersama antara Peniaga & Pelabur.

Perniagaan adalah kerjaya yang adil, ada cabaran dan juga bebas serta menyeronokan. Oleh itu, berniaga dalam industri pelaburan amanah saham Syariah terutamanya bukan untuk mendapatkan untung dan kekayaan sahaja. Untung dan kaya adalah hasil akhir daripada muamalat awal dan berterusan yang dijalankan oleh Perunding Unit Amanah. Berniaga dalam industri pelaburan amanah saham ini adalah perkhidmatan memberi keuntungan jangka panjang kepada pelabur.
Kerjaya sebagai Perunding Unit Amanah adalah perkhidmatan merancang untuk membaiki & menyediakan kewangan masa depan bagi umat manusia. Ianya adalah kerjaya ikhlas, amanah dan penuh semangat untuk memajukan hidup setiap insan.

By Abdul Razak Shahbudin Posted in Umum

ALHAMDULILLAH & INSYAALLAH 2013 LEBIH MELONJAK

Syukur alhamdulillah, keadaan nampaknya lebih hebat. Riak-riak prestasi akan melonjak kuat sudah nampak sejak kita memulakan tahun 2013 dengan Seminar Khas di Ipoh pada bulan Dis 2012 lalu. Semangat para sahabat nampak lebih kuat apabila dilihat dalam Seminar Awal Tahun yang diadakan bersama Networth Consultants pada bulan Jan 2013 lepas di Butterworth. Kehadiran ke seminar tersebut adalah yang paling positif dan bersemangat pernah saya lihat.
Seluruh negara, para Perunding Unit Amanah daripada agensi Networth Consultants, Kauthar’s Consultants dan i-Wealth Consultants telah bekerja progresif setiap hari dan membawa hasil yang lumayan.
Pada awal minggu pertama bulan Feb 2013 ini sahaja saya telah mendapat berita yang beberapa orang sahabat perunding kita bakal memecahkan rekod jualan peribadi tertinggi mereka sekali lagi.
Penyertaan semula perunding-perunding berpontensi tinggi ke dalam industri ini juga memberikan semangat dan keseronokan baru.
Ayuh sahabat-sahabat, kita cipta kegembiraan baru yang lebih besar tahun ini.
Allahu Akbar!

By Abdul Razak Shahbudin Posted in Pelbagai

SEMINAR KHAS PERTENGAHAN TAHUN 2012

Sabtu, 14 Julai 2012 @ Training Room 3, Level 3, Public Mutual Ipoh.

Empat sesi hebat telah dipersembahkan iaitu:

1. Pelaburan Unit Amanah Produk Kewangan Yang Menguntungkan – Rozaimi

2. Pengalaman Indah Saya Mendapatkan Jualan Lumayan – Emizarina

3. Transformasi Hidup Daripada Seorang Pembayar Bil Kepada Seorang Pemodal – Razak

4. Forum & Motivasi – GAM Amin Yahya.

Tahniah kepada semua yang datang.

Terima kasih khas kepada A.F Ustaz Haji Ruduan Junos yang mengimamkan solat & tazkirah Ramadhan. Terima kasih Masrinah yang telah menyediakan spegeti untuk jamuan makan sepanjang seminar. Terima kasih juga sahabat-sahabat yang membawa juadah sampingan serta sejadah dan selipar.

JUMPA ANDA DI PUNCAK KEJAYAAN

By Abdul Razak Shahbudin Posted in Umum

Jenama Pengurus Pelaburan PALING DIPERCAYAI

Menerima anugerah TRUSTED BRAND PLATINUM AWARD Reader’s Digest adalah penghormatan tertinggi yang diberikan oleh para pengguna dan pelabur di Malaysia.
Ini merupakan kali ke tiga berturut-turut Syarikat Pengurus Dana Amanah Saham yang kami wakili menerima anugerah tertinggi pilihan dan kepercayaan pengguna.


SYABAS & TERIMA KASIH kepada para pelabur kami dan TAHNIAH kepada para Perunding Unit Amanah agensi i-WC yang bersama-sama menjadikan jenama ini terkemuka di Malaysia.
Apabila ia dipercayai oleh paling ramai pengguna dalam negara, ianya pasti memberikan manfaat dan kepuasan yang terbaik untuk kehidupan kita.


Ayuh sama-sama kita bertindak membantu diri kita dan semua masyarakat Malaysia yang memerlukan perancangan pelaburan untuk menjadikan kehidupan di masa depan amat selesa.

KAMI MENGHARGAI ANDA – PENCAPAI-PENCAPAI TERBAIK

MAJLIS MAKAN MALAM & PENGHARGAAN PENCAPAI-PENCAPAI TERBAIK TAHUN 2011.

Selain daripada penganugerahan yang diberikan oleh syarikat Public Mutual Berhad secara besar-besar dan 5 bintang, agensi i-Wealth Consultants juga gembira dan bersyukur untuk meraikan kejayaan perunding-perunding dalam keluarga besar ini.

Majlis tersebut telah diadakan di Restoran D’Sayong, Persisiran Sayong Kuala Kangsar, Perak pada hari Jumaat 11 Mei 2012.

TAHNIAH kepada semua sahabat i-WC.

Imej

Imej

Senarai lengkap pencapai akan dinaikkan selepas ini.

YAKIN & PERCAYA

KITA SEMUA BOLEH MEMBANTU DIRI KITA KAYA & BERJAYA

By Abdul Razak Shahbudin Posted in Pelbagai

BANTU MEREKA JADI LEBIH KAYA

Kerjaya sebagai Perunding Unit Amanah adalah kerjaya yang hebat dan menarik.

Perunding Unit Amanah adalah kerjaya yang secara langsung berkhidmat membina status kewangan yang lebih baik untuk apa sahaja tujuan sama ada kepada para pelabur atau diri perunding sendiri.

Hakikat tetap hakikat, manusia sentiasa hidup dengan naluri untuk menjadi lebih baik. Semua insan mahukan status kewangan yang lebih baik.

Bagaimana kita boleh membantu ramai orang BERSARA SEBAGAI JUTAWAN?

Cuba kita bayangkan, selepas berhempas pulas selama 25 hingga 30 tahun berkhidmat untuk majikan, ramai orang hanya mendapat RM50,000 hingga RM200,000 sahaja ganjaran apabila pencen – sama ada daripada KWSP atau Gratuity. Penjawat awam pula mendapat bayaran pencen kurang 50% daripada gaji akhir mereka untuk digunakan menampung seluruh kehidupan yang semakin mencabar dan mahal dalam iklim negara yang semakin maju. Adakalanya mereka perlu menjalani hidup persaraan selama 20 tahun lagi. Adakah mereka perlu bekerja semula atau meminta-minta?

Mereka adalah antara golongan sasaran yang perlu kita bantu. Apa kata anda cuba bantu mereka dengan kisah berikut:

Zul talah mendapat pendedahan dan idea untuk melabur dalam amanah saham daripada seorang Perunding Unit Amanah semasa umurnya 24 tahun. Apabila beliau mula bekerja pada umur 25 tahun, beliau telah memulakan rancangan pelaburannya untuk membina kewangan masa depan yang kukuh. Zul telah menyimpan RM5,000 daripada gaji yang diperolehi selama 10 bulan pertama ia bekerja (Simpan RM500/sebulan). Lalu dia membuka akaun pelaburan Amanah Saham dengan syarikat pengurusan dana amanah saham terbesar dan No. 1 di Malaysia. Dia telah membuka akaun dana agresif yang berpotensi memberikan purata pulangan 12% setahun untuk pelaburan jangka panjang. Kemudian Zul juga telah membuat pelaburan tambahan setiap bulan sebanyak RM250 melalui Arahan Potongan (Standing Instruction) dari bank di mana gajinya dibayar terus ke akaun amanah sahamnya. Dia melakukannya selama 15 tahun atau 180 bulan iaitu sehingga umurnya 40 tahun. Waktu itu, Zul telahpun mengumpulkan RM50,000 (RM250 X 180 + RM5,000) modal pelaburan dalam akaun amanah sahamnya. Nilai pelaburannya (modal + keuntungan/kerugian = Nilai Aset Bersih) telah meningkat menjadi RM146,350.70. Atas nasihat Perunding Unit Amanah, Zul telah memberhentikan disiplin menambah pelaburan bulanan sebanyak RM250 tadi. Beliau hanya membiarkan sahaja pelaburannya terus diuruskan oleh syarikat pengurus dana amanah saham No.1 di Malaysia itu sehingga umurnya mencapai 60 tahun. Sebagai pegawai kerajaan, Zul memilih untuk bersara pada usia 60 tahun. Sebaik sahaja bersara, beliau telah pergi ke syarikat pengurus dana amanah saham lalu menjual semua unit pelaburan dalam akuan amanah sahamnya itu. Zul telah memperolehi sebanyak RM1,411,741.75.

Oleh kerana Zul sememangnya seorang pelabur yang bijak, dia telah mengambil RM1,000,000.00 (RM 1 juta) sahaja untuk digunakan memenuhi keperluan persaraannya. Sementara RM411,741.75 lagi dilaburkan semula ke dalam dana amanah saham. Ia adalah untuk merancang sekali lagi kewangannya bagi tempoh 6 tahun akan datang kerana beliau tahu modal yang dilaburkan sebanyak RM411,741.75 itu akan berganda 2 kali menjadi RM812,705.21 pada umurnya 66 tahun nanti. Jumlah itu boleh beliau gunakan untuk kehidupan seterusnya atau mewasiatkannya.

Inilah yang boleh berlaku kepada semua orang muda yang berusia sekitar 20-an. Hanya didik dan nasihati mereka menggunakan modal permulaan RM5,000 kemudian mendisplinkan diri dengan melabur RM250 sebulan untuk menjadikan jumlah modal RM50,000 sahaja. 20 tahun kemudiannya mereka adalah jutawan dan pesara yang hidup dengan penuh keselesaan. Khidmat mereka selama 25 atau 30 tahun untuk majikan mereka menjadi amat berbaloi. Sebahagian gaji mereka yang kecil itu telah berkhidmat untuk mereka.